PENGENALAN KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH

 

Kolej Komuniti Batu Gajah telah beroperasi pada Januari 2011 di alamat Jalan Bandar Baharu 2,Pusat Bandar baru,31000 Batu Gajah,Perak . Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam 2 bidang :

1. Bidang Fesyen dan Pakaian.

2. Terapi Kecantikan & Spa.

Selain itu juga kolej Komuniti Batu Gajah ini juga menawarkan kursus-kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik. 

Kolej Komuniti Batu Gajah ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.