KURSUS TERAPI DAN KECANTIKAN SPA

 

Syarat Am Kemasukan 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian 4 semester
SINOPSIS

Program Terapi Kecantikan dan Spa adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Perunding Imej
Juruterapi Kecantikan
Juruterapi Estetik
Jurusolek
Pensyarah Kecantikan
Pengurus
Freelancer
Usahawan